Petempatan Gurun Sonora

Gurun ini menempatkan lebih 17 masyarakat peribumi asli Amerika yang bertumpu di California dan Arizona serta di Mexico. Bandar terbesar di gurun ini ialah Phoenix terletak di Sungai Salt tengah negeri Arizona dengan populasi metropolitan kira-kira 4.7 juta pada 2017;[4] ia adalah salah satu kawasan metropolitan yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat. Bandar kedua terbesar ialah Tucson di selatan negeri sama dengan populasi kawasan metro lebih daripada 1 juta orang[5] disusuli Mexicali di Baja California, Mexico dengan populasi metropolitan bersaiz serupa iaitu sekitar 1,000,000 orang.